Thursday 5 January 2012

PIALA SUMBANGSIH 2012 - KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN



Pertembungan dua kuasa besar Bolasepak Malaysia iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan sentiasa menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.Kelantan dan Negeri Sembilan bakal merebut kejuaraan Piala Sumbangsih 2012 pada 7 Januari 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil Jam 8.40 malam.

Kelantan selaku juara bertahan dilihat calon terbaik untuk mempertahankan Piala yang pernah dimenangi pada tahun lalu manakala pasukan Negeri Sembilan pula dilihat lebih merendah diri dengan menganggap pasukan Jang itu lebih kepada pasukan pelawat walaupun bermain di stadium nasional bukit jalil, kuala lumpur.

“Kita sudah sedia maklum bahawa Kelantan sememangnya mempunyai penyokong yang begitu ramai di seluruh negara.Jadi, saya tidak merasakan ia suatu kelebihan buat kami. Yang pasti, kami akan berjuang habis-habisan bagi menjulang Piala Sumbangsih buat kali pertama,”  Kata Jurulatih N9 Azrai Khor kepada Akhbar Tempatan.



KELANTAN WASPADA


Walaupun kembalinya 3 tonggak utama Kelantan musim 2010 iaitu Indraputra Mahyuddin, Azizi Matt Rose dan Farhan serta 2 import yang bermain untuk Liga Malaysia Danny Antwi dan Muhammed Ghaddar, belum cukup untuk Kelantan bermegah diri dan harus lebih waspada menentang Juara Piala Malaysia 2011 itu.

Pengurus Pasukan Azman Ibrahim berkata Negeri Sembilan ialah sebuah pasukan yang hebat, walaupun kehilangan beberapa tonggak utama, saya percaya ia tidak menjejaskan persiapan pasukan mereka dan ditambah pula dengan kehadiran  penggempur import berbisa mereka dari Cameroon perlu diberikan perhatian oleh Kelantan pada perlawanan tersebut.

Dijangkakan tempat Penjaga Gol sudah pasti diisi oleh Penjaga Gol No 1 Negara Khairul Fahmi Che Mat yang masih segar dengan kejayaan memenangi Pingat Emas Sukan Sea di Jakarta November tahun lalu.

Posisi pertahanan kemungkinan Peter Butler akan mengekalkan gandingan mantap Subramaniam dan Azizi Matt Rose di pertahanan tengah manakala Aziz Ismail serta Daudsu di pertahanan kiri dan kanan.

Posisi tengah agak kabur untuk di teka memandangkan Peter Butler gemar menukar corak formasi samada 4-3-3, 4-5-1 atau 4-4-2 dan KEMUNGKINAN 4-4-2 bakal menjadi pilihan Peter Butler bagi mengharungi Perlawanan sumbangsih ini.Sayap kiri dan kanan kemungkinan diisi oleh Indraputra Mahyuddin dan Farhan Muhammad dan tengah bertahan diisi oleh Shakir Shaari manakala Kapten Pasukan Badhri Radzi akan mengemudi bahagian serangan tengah.

Ghaddar dan Shahrul Idlan Talaha pula bakal menjadi taruhan posisi serangan Kelantan walaupun dua pemain ini masih belum serasi sepenuhnya manakala import dari Ghana Danny Antwi bakal berada di barisan simpanan.


Rekod Pertemuan Liga Super 2011


Kelantan 3 - 0 Negeri Sembilan ( Stadium Sultan Muhammad Ke IV - 1 Mac 2011 )
Negeri Sembilan 0 - 0 Kelantan ( Stadium Paroi - 10 Mei 2011 )


Rekod Pertemuan Liga Super 2010


Kelantan 1 - 0 Negeri Sembilan ( Stadium Sultan Muhammad Ke IV - 6 Julai 2010 )
Negeri Sembilan 1 - 3 Kelantan FA ( Stadium Paroi - 17 April 2010 )

1 comments:

Fakhruddin said...

kempunan nk tgk..igt kat SSMIV

NEW:
Inilah RM500,000

Post a Comment