Tuesday 3 January 2012

LOGO BARU LIGA PREMIER DAN LIGA SUPER MUSIM 2012

Logo Baru Liga Premier dan Liga Super Diperkenalkan

Minggu lalu, Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) telah memperkenalkan logo baru bagi saingan Liga Perdana dan Liga Super musim 2012.
Untuk logo Liga Super, unsur terbentuk daripada gambaran Piala Liga Super itu sendiri.Mempamerkan bahagian atas piala di mana bola berada di atas menara yang menyerupai makna bahawa ini adalah liga bola sepak yang tertinggi dalam negara.Gabungan warna biru tua dan putih mewakili makna perpaduan dan prestij kepada liga itu.
Sementara itu, bagi logo Liga Perdana, ianya dilihat sebagai pergerakan bola sepak yang bergerak laju.Liga Perdana ialah liga bola sepak yang kedua tertinggi di negara ini dan ia adalah titik permulaan bagi satu pasukan untuk bermain ke Liga Super yang berprestij. Bentuk bola bergerak direka untuk mewujudkan satu cerita di mana perjalanan ke arah kemasyhuran bermula di sini. Berwarna hitam dan kuning telah dipilih sebagai warna rasmi untuk menyelaraskan dengan warna pasukan kebangsaan.

0 comments:

Post a Comment