Friday 13 January 2012

KELANTAN SEKADAR SERI MENENTANG PKNS


Sultan Muhammad Ke 5 ( KIRI ) : Kredit Mark Deen Kelate.net


Kelantan yang sekadar seri 1 - 1 menentang PKNS dalam perlawanan kedua Liga Super malam tadi membangkitkan rasa kecewa di kalangan para penyokong setia The Red Warriors.

Mengapa tidaknya, perlawanan yang dikuasai oleh Kelantan dengan serangan bertali arus ke kubu pasukan PKNS hanya berjaya menghasilkan satu gol menerusi Kapten Pasukan Badhri Radzi minit ke 70" hasil hantaran lintang dari Norshahrul idlan talaha dan hanya selepas 10 minit berlalu Kelantan gagal meneruskan rentak cemerlang dan kesilapan Subramaniam menghantar bola kepada pertahanan di sambar penyerang PKNS Rudie Ramli yang pantas meluru ke arah penjaga gol muda Syazwan Yusof dan Syazwan Yusof tiada pilihan selain menjatuhkan pemain itu untuk memberikan sepakan penalti dan sepakan tersebut disudahkan sendiri oleh Rudie Ramli.

Jaringan penyamaan itu mengecewakan lebih 8 ribu penyokong setia the red warriors yang hadir walaupun hujan lebat sebelum perlawanan bermula.DYMM Sultan Muhammad Ke 5 juga turut mencemar duli menyaksikan perlawanan Kelantan menentang PKNS ini.

Bukan penyokong sahaja yang melahirkan rasa kecewa tapi Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa sendiri kurang berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pasukan Kelantan menentang PKNS pada malam tersebut.Tan Sri Annuar Musa berkata dalam laman facebooknya "Terlalu kecewa saya melihat team bermain mlm ni...mutu sangat rendah..coach dgn lineup yg memperlekeh pkns akhirnya dihukum dan hampir dimalukan..kalau mcm Ni prestasi kita nampaknya TAK KEMANA LA MUSIM INI...prestasi import tak memuaskan Dan PRESTASI JURULATIH JUGA PERLU DINILAI SEMULA...SURAT PERINGATAN PRESTASI AKAN DIKELUARKAN KPD BEBERAPA INDIVIDU....aduhai...."

Penyokong Warriors berharap Kelantan akan bangkit menentang Johor FC pada 17 Januari 2012 ini yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Video Gol Kelantan dari Badhri Radzi

0 comments:

Post a Comment