Saturday 23 June 2012

KELANTAN LWN SABAH LIVE STREAMING

BELI JERSI RED WARRIORS AFC CUP ORIGINAL DI : www.KelantanFA.com/Jersi-Kelantan

Saksikan Live Liga Super 2012 Kelantan lawan Sabah
( Kredit Livestreamingnews.net )

Kelantan Lawan Sabah
Link - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

PKNS Lawan Terengganu
Link - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

T-Team Lawan N9
Link - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Saturday 16 June 2012

KELANTAN VS KEDAH LIVE STREAMING





Saksikan Live Liga Super 2012 Kelantan Lawan Kedah FA ( Kredit : Livestreamingnews.net )

Link 1 - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Saturday 26 May 2012

JOHOR FC LWN KELANTAN LIVE STREAMING




Saksikan Siaran Langsung Liga Super 2012 Johor FC lawan Kelantan FA

Link 1 - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Friday 4 May 2012

Kelantan lawan Lions Live Streaming

Saksikan Siaran Langsung Kelantan dan Lions dari Ubola Network

Link 1- ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Tuesday 24 April 2012

NAVIBANK LWN KELANTAN LIVE STREAMING

Saturday 21 April 2012

KELANTAN LAWAN KEDAH LIVE STREAMING

Tuesday 17 April 2012

T-TEAM LAWAN KELANTAN LIVE STREAMING

Saturday 14 April 2012

VIDEO GOL KELANTAN LAWAN T-TEAM

VIDEO GOL KELANTAN DARI NURUL AZWAN ROYA
KREDIT : EVC VIDEO & REDSFC NEWS

VIDEO GOL - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

KELANTAN LWN T-TEAM LIVE STREAMING

Monday 9 April 2012

LIVE STREAMING PIALA AFC AREMA LAWAN KELANTAN

Wednesday 4 April 2012

LIVE STREAMING PIALA AFC KELANTAN LAWAN AREMA INDONESIA

Saturday 11 February 2012

KELANTAN TEWASKAN TERENGGANU

Friday 10 February 2012

LIGA SUPER - KELANTAN VS TERENGGANU


Kelantan vs Terengganu
11 Februari 2012 : 8.40 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Siaran Langsung Astro Arena 801

Tonton Live Streaming Astro Arena perlawanan  Kelantan dan Terengganu pada link dibawah

Red Vision Gegar -  ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Wednesday 8 February 2012

LIVE AUDIO SABAH KELANTAN

Dengarkan Siaran Audio Sabah dan Kelantan pada link dibawah

Radio Sabah FM - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Radio Trc Gegar - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Radio TRW FM -

Tuesday 7 February 2012

LIGA SUPER - SABAH VS KELANTAN








Sabah lawan Kelantan
Stadium Likas
8 Februari 2012 - 8.15 Malam

Tiada Siaran Langsung.Untuk mendapatkan keputusan semasa layari Facebook KelantanFA.com

Saturday 4 February 2012

JERSI KELANTAN AFC CUP 2012

Foto : Balestier Khalsa Fan Page

PERSAHABATAN : KELANTAN BERTEMU BALESTIER KHALSA FC





Kelantan FA vs Balestier Khalsa FC
4 Februari : Sabtu : 8.45 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Tiket Rm12 Terbuka, Rm20 Astaka Batu dan Rm30 Astaka Utama

Dapatkan keputusan semasa Perlawanan di Facebook KelantanFA.com

Wednesday 1 February 2012

KELANTAN DIBELASAH

Kelantan Lawan Malaysia

Kelantan terpaksa akur dengan kehebatan Harimau Malaya apabila dibelasah 5 - 0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Gol Malaysia masing masing dijaringkan oleh Asraruddin, Shahurain, S.Kunalan Abdul Hadi Yahya dan Izuan Solahuddin

Skuad Harimau Malaya

Aksi persahabatan Kelantan seterusnya ialah menentang Balestier Khalsa FC pada 4 Februari 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu Kelantan.

Foto Kredit : Wawanfaiz.com & Dunia Warriors

Artikel Kredit : KelantanFA.com

Saturday 28 January 2012

KELANTAN TEWASKAN KUALA LUMPUR

Friday 27 January 2012

KELANTAN VS KL






LIGA SUPER 2012
Kelantan vs Kuala Lumpur
28 Januari 2012 : 8.30 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Keputusan Semasa Layari http://facebook.com/kelantanfadotcom

Saturday 21 January 2012

KELANTAN KEKAL TERATAS SELEPAS 4 PERLAWANAN

Friday 20 January 2012

LIGA SUPER - KELANTAN RAMPAS TAKHTA LIGA SUPER

LIGA SUPER - KEDAH LAWAN KELANTAN


Kedah vs Kelantan
20 Januari 2012 : 8.30 Malam
Stadium Darul Aman

Secara Langsung di Astro Arena
Keputusan Semasa Layari http://facebook.com/kelantanfadotcom

Thursday 19 January 2012

JENAMA WARRIORS TAJA LIVERPOOL ?



Riuh Rendah penyokong Kelantan apabila Jenama "Warriors" dikatakan bakal menaja kelab gergasi liga perdana inggeris Liverpool bagi menggantikan jenama lama iaitu Adidas.

Namun ingin diperbetulkan disini bahawa Jenama Warriors yang dimaksudkan itu bukanlah Jenama "Warriors Solution" yang menaja pasukan Kelantan tapi ia adalah jenama "Warriors Sports" yang diasaskan oleh David Morrow yang berasal dari Amerika Syarikat.

Diharap tidak timbul sebarang kekeliruan kerana kami telah menerima beberapa email dari peminat sukan yang bertanyakan tentang hal ini.

Wednesday 18 January 2012

SENARAI PEMAIN TERPILIH JALANI LATIHAN BERSAMA SKUAD KEBANGSAAN


FAM telah mengumumkan senarai 26 pelatih yang terpilih untuk menjalani latihan bersama Skuad Kebangsaan bagi perlawanan menentang Arab Saudi & Filipina. Latihan/pemilihan di wisma fam dari 29/1/12 hingga 3/2/12.

KED: Baddrol,Amar
PRK: Nasril
SEL: Bunyamin,Safiq,Asra
N9: Farizal,Shahurain,Mahathevan,Kunalan
Ganu: Hadi Yahya, Manaf,Mazlizam,Ashaari, Faizal Muhammad
KEL: Matyo,Subra,Syazwan Yusuf,Aziz, Shakir
ATM: Aidil,Zaquan,Amiridzwan Taj, Venice Delphi, Azmi Muslim
PKNS: Mohd Fauzan Dzulkifli.

Tuesday 17 January 2012

VIDEO GOL LIGA SUPER KELANTAN DAN JOHOR FC

Kesebelasan Utama Kelantan menentang Johor FC - Foto : J Photography





Kredit Video : Mzdin

KELANTAN NAIK KEDUDUKAN KEDUA LIGA - MENANG TIPIS KE ATAS JOHOR FC

Wira Pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan menewaskan Johor FC 2 - 1


Kelantan berjaya merampas kedudukan kedua Liga Super 2012 daripada Negeri Sembilan  apabila berjaya menewaskan Johor FC 2 - 1 hasil dari jaringan Indraputra Mahyuddin dan Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Kelantan terlebih dahulu menguji gawang Gol Johor FC pada minit ke 10" selepas tandukan Ghaddar hasil hantaran Badhri Radzi sedikit tersasar.

Minit 14 Kelantan hampir menjaringkan gol hasil percubaan deras Indra Putra namun sekali lagi tersasar.Ghaddar pula membuat penyokong The Red Warriors bersorak pada minit ke 31" apabila berjaya menggelecek 3 orang pemain Johor FC dan melepaskan rembatan terus namun sedikit tinggi melewati palang gol.

Pada minit ke 29" Johor FC membuat penyokong Kelantan senyap seketika apabila tandukan Mohd Syazwan pada minit ke 29" hasil hantaran lintang rakan sepasukan menerjah gawang Khairul Fahmi Che Mat namun gol itu dibatalkan kerana pengadil mengesahkan bola sudah pun keluar dari garisan gol ketika pemain melakukan hantaran lintang.

Babak akhir separuh masa pertama menyaksikan Kelantan hampir hampir menjaringkan gol apabila hantaran Norshahrul Idlan Talaha kepada Ghaddar berjaya dirembat namun Penjaga Gol Johor FC Zamir Selamat cemerlang menepis percubaan pemain yang berasal dari Lubnan itu.

Tamat separuh masa pertama menyaksikan kedua dua pasukan seri tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua Kelantan tidak menunggu lama untuk melakukan serangan apabila sepakan Norshahrul Idlan Talaha ke gawang Johor FC tersasar pada minit ke 46".

Minit 51" Pemain Johor FC berjaya memasuki kotak penalti Kelantan namun sepakan pemain Johor FC agak lemah untuk menghasilkan gol.

Minit 54" pula sepakan percuma Johor FC berjaya ditumbuk keluar oleh Khairul Fahmi Che Mat

Minit 55" Kelantan berjaya memberikan keceriaan kepada lebih 10 ribu penyokong The Red Warriors apabila sepakan Indra putra mahyuddin berjaya menjaringkan gol hasil kesilapan Zamir Selamat gagal menangkap kemas bola kerana keadaan kelam kabut dalam kotak penalti.

Peluang Eddie Helmi dalam kotak penalti pada minit ke 57" rembatannya berjaya menewaskan Khairul Fahmi namun Daudsu berjaya menyelamatkan keadaan dengan mengeluarkan bola di atas garisan gol.

Walaubagaimanapun Johor FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 62" hasil jaringan ketua pasukan Johor FC Khairul Ismail berpunca dari sepakan sudut.

Minit 66" Johor FC hampir mendahului apabila sepakan Eddie Helmi sekali lagi berjaya menewaskan Khairul Fahmi namun Daudsu cemerlang menggagalkan pemain Johor FC untuk menjaringkan Gol.

Minit 68" Kelantan mengeluarkan Norfarhan Muhammad dan memasukkan Danny Antwi bagi memantapkan jentera serangan Kelantan yang dilihat sedikit tumpul.

Taktikal Peter Butler dilihat berhasil dengan memasukkan Danny Antwi apabila Norshahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol ke - 2 Kelantan pada minit ke 74" selepas bijak menyempurnakan peluang hasil hantaran Indraputra Mahyuddin.

Pada minit ke 77" Kelantan melakukan pertukaran kedua apabila mengeluarkan penyerang import Mohammad Ghaddar dan memasukkan pertahanan iaitu Rizal Fahmi Abd. Rosid.

Selepas itu kedua dua pasukan dilihat seimbang mengatur permainan sehingga tamat waktu perlawanan yang menyaksikan kelantan mengatasi Johor FC dengan jaringan 2 - 1.

Kesebelasan Utama Kelantan : KELANTAN : Apek, Aziz, Daudsu, Subramaniam, Farisham, Shakir, Piya (c), Indra, Farhan, Ghaddar dan Matyo

Keputusan Perlawanan Lain dan Kedudukan Liga Super tamat 3 Perlawanan.









Monday 16 January 2012

PENGURUSAN DAN PENYOKONG DIHARAP BERSABAR



Jurulatih Kelantan Peter Butler mahu Pihak Pengurusan dan Penyokong Kelantan faham bahawa terlalu awal untuk menilai prestasi sebenar Kelantan dalam 3 perlawanan yang lalu.

Tewas 1 - 2 dalam Sumbangsih 2012 di tangan Negeri Sembilan, menang 2 - 1 ke atas Lions XII dan seri 1 1 dengan kelab dari Selangor iaitu PKNS tidak memberi gambaran bahawa Jurulatih Peter Butler sudah gagal membimbing skuad Cik Siti Wan Kembang itu.

Namun pihak pengurusan Kelantan menegaskan bahawa mereka mahukan Pemain Kelantan menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam perlawanan menentang Johor FC pada Selasa ini ( 17 Januari 2012 ) sambil mengharapkan kemenangan yang pertama dapat diraih di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Tidak mahu kesilapan memandang rendah pihak lawan berulang seperti perlawanan ketika menentang pasukan PKNS tempohari, Kelantan dijangka akan turun dengan kesebelasan utama dengan kemungkinan Khairul Fahmi Che Mat kembali memikul tugas selaku Penjaga Gol selepas disisihkan ketika perlawanan menentang PKNS kerana masalah kecederaan.

Di Barisan Pertahanan, Daudsu dan Aziz masing masing diberi tanggungjawab sebagai pertahanan kanan dan kiri manakala pertahanan tengah berlaku sedikit perubahan dengan kembalinya pertahanan kental Azizi Matt Rose yang bakal berganding dengan Farisham Ismail.

Sayap kanan dan kiri kemungkinan diisi semula oleh Norfarhan Muhammad dan Indraputra Mahyuddin dan jentera tengah pula sudah pasti diisi oleh Shakir Shaari dan Kapten Pasukan Badhri Mohd Radzi.

Di barisan serangan kemungkinan Mohammed Ghaddar dan Norshahrul Idlan Talaha akan bergandingan semula selepas gandingan Matyo dan Antwi pada perlawanan menentang PKNS dilihat kurang menjadi.Ghaddar dan Matyo harus mengambil segala peluang yang terhidang untuk merobek gawang gol Johor FC yang dikawal bekas penjaga gol Harimau Muda A iaitu Zamir Bin Selamat.

Jangan lupa untuk ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu untuk menyaksikan perlawanan diantara Kelantan dan Johor FC pada 17 Januari 2012 jam 8.40 malam.

Dapatkan Jersi keluaran "Warriors" Secara Online di http://kelantanfa.com/jersi-kelantan/

Sunday 15 January 2012

APEK BAKAL JUTAWAN



KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.
Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam,
Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.

“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya. 

Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah RM10 (pakej rakyat).

Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu, potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti bersama Khairul Fahmi pada masa depan.

Sumber : Harian Metro Online

Saturday 14 January 2012

APEK CEBURI BIDANG PERNIAGAAN

KEPUTUSAN DAN KEDUDUKAN LIGA SUPER 14 JANUARI 2012


Kedudukan Liga Super 14 Januari 2012


Friday 13 January 2012

JADUAL LIGA SUPER 14 JANUARI 2012

KELANTAN SEKADAR SERI MENENTANG PKNS


Sultan Muhammad Ke 5 ( KIRI ) : Kredit Mark Deen Kelate.net


Kelantan yang sekadar seri 1 - 1 menentang PKNS dalam perlawanan kedua Liga Super malam tadi membangkitkan rasa kecewa di kalangan para penyokong setia The Red Warriors.

Mengapa tidaknya, perlawanan yang dikuasai oleh Kelantan dengan serangan bertali arus ke kubu pasukan PKNS hanya berjaya menghasilkan satu gol menerusi Kapten Pasukan Badhri Radzi minit ke 70" hasil hantaran lintang dari Norshahrul idlan talaha dan hanya selepas 10 minit berlalu Kelantan gagal meneruskan rentak cemerlang dan kesilapan Subramaniam menghantar bola kepada pertahanan di sambar penyerang PKNS Rudie Ramli yang pantas meluru ke arah penjaga gol muda Syazwan Yusof dan Syazwan Yusof tiada pilihan selain menjatuhkan pemain itu untuk memberikan sepakan penalti dan sepakan tersebut disudahkan sendiri oleh Rudie Ramli.

Jaringan penyamaan itu mengecewakan lebih 8 ribu penyokong setia the red warriors yang hadir walaupun hujan lebat sebelum perlawanan bermula.DYMM Sultan Muhammad Ke 5 juga turut mencemar duli menyaksikan perlawanan Kelantan menentang PKNS ini.

Bukan penyokong sahaja yang melahirkan rasa kecewa tapi Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa sendiri kurang berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pasukan Kelantan menentang PKNS pada malam tersebut.Tan Sri Annuar Musa berkata dalam laman facebooknya "Terlalu kecewa saya melihat team bermain mlm ni...mutu sangat rendah..coach dgn lineup yg memperlekeh pkns akhirnya dihukum dan hampir dimalukan..kalau mcm Ni prestasi kita nampaknya TAK KEMANA LA MUSIM INI...prestasi import tak memuaskan Dan PRESTASI JURULATIH JUGA PERLU DINILAI SEMULA...SURAT PERINGATAN PRESTASI AKAN DIKELUARKAN KPD BEBERAPA INDIVIDU....aduhai...."

Penyokong Warriors berharap Kelantan akan bangkit menentang Johor FC pada 17 Januari 2012 ini yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Video Gol Kelantan dari Badhri Radzi

LIVE STREAMING KELANTAN LAWAN PKNS

Thursday 12 January 2012

LIGA SUPER - KELANTAN LAWAN PKNS


Jangan lupa menyaksikan pertembungan menarik diantara Juara Liga Super 2011 menentang Juara Liga Perdana 2011 iaitu Kelantan menentang Pkns Selangor pada hari Jumaat 13 Februari 2012 Jam 8.45 malam di Stadium Sultan Muhammed Ke IV, Kota Bharu.

Tiket akan dijual di kaunter stadium hari ini bermula pada Jam 10 pagi.Tiket berharga Rm15 bagi tempat duduk terbuka dan Rm30 bagi tempat duduk Astaka.

Buat yang tidak dapat ke stadium, anda boleh menyaksikan siaran secara langsung di Saluran 801 Astro Arena.Selamat Menonton.

Jadual Perlawanan Liga Super 13hb dan 14hb Januari 2012

ANDA ADA HAK - PETER BUTLER

Foto : LionsXII FB

Jurulatih Kelantan Peter Butler bersuara selepas mengetahui beliau banyak dikritik oleh para penyokong The Red Warriors yang kecewa kerana beliau gagal membantu Kelantan mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi tahun lalu selepas tewas kepada Negeri sembilan 1-2.

Beliau berkata semua penyokong BERHAK mengkritik dan beliau menerimanya dengan hati yang terbuka.I am a proud man dan saya jurulatih yang ada banyak pengalaman, main banyak negara dan saya kembali disini kata jurulatih berusia 46 tahun yang berasal dari England itu.

Peter Butler juga mengharapkan penyokong Kelantan memberi sokongan padu dalam setiap perlawanan bagi menyuntik semangat pasukan dan selain itu beliau juga yakin Penyerang Kebangsaan Shahrul Idlan Talaha dan Mohammed Ghaddar adalah gandingan yang semakin serasi.

Tuesday 10 January 2012

GAMBAR KELANTAN LAWAN LIONS XII



















Sumber Gambar : Facebook Page LionsXII

VIDEO GOL LIONS XII VS KELANTAN

Kredit Video : Sokernet.com

KEPUTUSAN DAN KEDUDUKAN LIGA SUPER 10 JANUARI 2012

Kedudukan Liga Super 10 Januari 2012

Keputusan Liga Super 10 Januari 2012


LIGA SUPER - KELANTAN BANGKIT DARI KETINGGALAN

Sumber : Hafizan Halim

Kelantan bangkit dari ketinggalan apabila berjaya menumpaskan Singapore Lions XII dengan jaringan 1 - 2 untuk memberikan 3 mata berharga buat Skuad The Red Warriors.

Babak pertama menyaksikan Skuad bergelar Lions XII berjaya mengawal permainan namun dikejutkan dengan cubaan menarik dari Indra Putra Mahyuddin pada minit ke 13" namun tersasar.

Minit ke 33" pasukan Lions XII mengejutkan pasukan pelawat dengan jaringan pertama apabila Baihakki Khaiza menanduk masuk sepakan percuma dari Shahril Ishak menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan tidak menunggu lama untuk menghasilkan gol penyamaan apabila Penyerang Paling Bernilai 2011 Norshahrul Idlan Talaha merembat kencang menewaskan penjaga gol Lions XI iaitu Izwan Mahbud pada minit ke 44"


Tamat babak pertama menyaksikan Lions 1 - 1 Kelantan.

Bermula babak kedua perlawanan seimbang dengan kedua dua pasukan saling mengawal permainan sambil disaksikan lebih 7000 penyokong.

Minit ke 81" bermula detik kegembiraan buat Penyokong The Red Warriors apabila Kelantan dihadiahkan sepakan penalti dan Mohammed Ghaddar tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan itu.

Selepas itu Kelantan dilihat lebih berhati hati mengawal bola bagi mengelakkan gawang dibocori buat kali kedua.

Tamat  90 minit perlawanan menyaksikan Kelantan mencipta kemenangan berharga dengan meraih 3 mata di tempat lawan dan Perlawanan Kelantan seterusnya ialah di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada 13 Januari 2012 bertemu PKNS Selangor.Sama sama kita penuhi stadium.

Kesebelasan Utama Kelantan lawan Lions XII : Khairul Fahmi, Subramaniam, Aziz, Daudsu, Farisham, Azwan Roya, Piya, Shakir, Indra, Ghaddar dan Matyo

SAKSIKAN SIARAN TERTUNDA LIONS XII DAN KELANTAN DI ASTRO ARENA JAM 11.30 MALAM INI.