Saturday 31 December 2011

KELANTAN FA KETEPIKAN HARIMAU MALAYA DALAM BINTANG PILIHAN HARIAN METRO

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Besar

Bagaikan fenomena, Pasukan Kelantan FA berjaya mengatasi ke'popular'an  pasukan Harimau Muda A dan pasukan Harimau Malaya dengan undian sebanyak 54% bagi "Pasukan Pilihan Malaysia" Pilihan Harian Metro.

Pasukan Harimau Muda di bawah kendalian Ong Kim Swee di tangga ke dua dengan 26% manakala pasukan senior K.Rajagobal dengan undian sebanyak 20%


Khairul Fahmi Che Mat pula terus menjadi kegilaan dan pujaan seluruh Rakyat Malaysia dengan mencatat undian sebanyak 57% jauh mengatasi Kapten Skuad Sukan Sea iaitu Baddrol Bakhtiar dengan 20%.Safee Sali pula berada di tangga ke 3 dengan 12%.Nazmi Faiz dan Dato' Lee Chong Wei masing masing mendapat undian sebanyak 6% dan 5%.

Keputusan Undian ini dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi laman web undian Harian Metro pada awal Disember lalu.

PERLAWANAN DIHENTIKAN KERANA HUJAN LEBAT

Kesebelasan Utama Kelantan
Kredit : Yusran Yusof



Aksi Persahabatan Pra Musim di antara Kelantan dan Terengganu semalam hanya berlangsung kira kira 35 minit dan perlawanan terpaksa dibatalkan ekoran hujan lebat yang turun di Kota Bharu.

Padang yang ditakungi air kerana hujan lebat berterusan sebelum permainan bermula lagi boleh membahayakan pemain dan pemain boleh ditimpa kecederaan serius andai terus bermain di padang yang becak itu.

Kelantan akan merebut Piala Sumbangsih pada 7 Januari ini menentang pasukan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.Andai hujan berterusan hingga 7 Januari kemungkinan jadual terpaksa diubah atau mungkin beraksi di sekitar lembah klang.

LIVE STREAMING KELANTAN VS TERENGGANU


Siaran Langsung "Audio" Kelantan menentang Terengganu akan disiarkan di dalam dua Radio Internet iaitu Radio TRW FM dan Radio TRC GEGAR

Klik pada link dibawah untuk masuk ke laman streaming

TRW FM - KLIK SINI
TRC GEGAR - KLIK SINI

Tidak dapat dengar TRW FM anda boleh cuba link TRC GEGAR dan sebaliknya.

GAMBAR JERSI KELANTAN 2012

LOGO BARU KELANTAN FA DI JERSI

Logo Baru Kelantan Di Jersi Untuk Musim 2012

Friday 30 December 2011

MAJLIS PELANCARAN JERSI KELANTAN MUSIM 2012

Kelantan Trade Centre ( KTC )

Sukacita dimaklumkan bahawa Pelancaran Jersi Kelantan bagi musim 2012 akan diadakan pada 31 Disember 2011 Jam 12 Tengahari bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.

Selain pelancaran Jersi, turut dilancarkan ialah laman web tiket online, kiosk red warriors dan merchandise the red warriors bagi musim 2012.

Jemput datang beramai ramai.

Thursday 29 December 2011

PENYOKONG KELANTAN DI PERSEBAYA

INFO TIKET KELANTAN VS TERENGGANU



Info Tiket Aksi Persahabatan Kelantan menentang Terengganu

Mula dijual pada 30 Disember 2011 ( Jumaat ) bermula Jam 11 pagi di kaunter Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Tiket Rm5 bagi kanak kanak, Rm10 terbuka, Rm15 untuk astaka batu dan Rm20 untuk astaka kerusi

INFO SIDANG MEDIA JAWATANKUASA PERTANDINGAN TEMPATAN



  1. Perlawanan Piala Sumbangsih 2012 pada 7 Januari 2012 SAH berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu Kelantan.
  2. Harga Tiket Piala Sumbangsih Rm30 Astaka dan Rm15 Terbuka
  3. Harga Tiket Persahabatan Harimau Muda / Senior Rm20 Terbuka.Kejohanan bermula Rm30 dalam peringkat kumpulan, separuh akhir Rm40 dan perlawanan akhir Rm50
  4. Sejumlah Rm5.1 Juta untuk geran dan insentif bagi semua pasukan negeri dan kelab bagi musim 2012.

Wednesday 28 December 2011

(UNITY CUP 2011) KELANTAN TEWAS

Andik Vermansyah

Hajat Kelantan untuk membawa pulang Piala Sulung Unity Cup 2011 ke Kota Bharu tidak kesampaian apabila tewas secara aggregat 4 - 3 kepada kelab dari Surabaya Indonesia iaitu Persebaya.

Andik Vermansyah muncul pemusnah Kelantan apabila meledak jaringan awal pada minit ke 15" dan gol penyamaan Kelantan hadir pada separuh masa kedua minit ke 48" apabila Shahrul Idlan Talaha menolak masuk bola ke dalam gawang Persebaya.

Terikat 1 - 1 Kelantan memperkemaskan serangan dan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol namun ketumpulan barisan serangan gagal menghasilkan gol yang di cari cari.

Pada minit ke 65" Persebaya berjaya menjaringkan gol kedua perlawanan selepas pertahanan Kelantan sedikit leka untuk mengawal pemain Persebaya.

Minit ke 73" Persebaya sekali lagi menambah gol menjadikan kedudukan 3 - 1 untuk memberikan kegembiraan buat 30,000 penyokong Persebaya yang hadir.

Kelantan hanya merapatkan jurang gol menerusi Indra Putra Mahyuddin pada minit ke 93" selepas rembatan daudsu ditepis oleh Penjaga Gol Persebaya dan Indra mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol melalui sepakan sebelah kanan gawang gol Persebaya.

Tamat Perlawanan Persebaya 3 - 2 Kelantan ( Aggregat 4 - 3 )

Tuesday 27 December 2011

LIVE STREAMING PERSEBAYA KELANTAN


Selain saluran astro arena dan astro bintang yang menyiarkan siaran langsung, anda juga boleh menyaksikan Persebaya vs Kelantan menerusi "Live Streaming Video".

Sila KLIK pada link di bawah untuk ke website live streaming
- Mivo TV - ( Tunggu 5 Saat dan Tekan SKIP ADS )
dan klik pada butang MNC TV

atau melalui 

PERSEBAYA MAHU APEX DITURUNKAN



Kelab dari Surabaya, Persebaya menggesa jurulatih Kelantan Peter James Butler menurunkan Penjaga Gol Nombor Satu Asia Tenggara iaitu Khairul Fahmi Che Mat dalam perlawanan Persebaya menentang Kelantan 28 Disember 2011 di Stadium Gelora 10 November.


Pengurus bahagian media Persebaya Ram Surahman berkata "Khairul Fahmi adalah penjaga gol yang berkualiti dan salah satu di antara yang terbaik di Asia Tenggara setakat ini dan kami berharap beliau akan diturunkan esok."

Namun Peter James Butler masih belum memutuskan siapakah penjaga gol yang akan diturunkan esok kerana beliau mempunyai tiga penjaga gol selain Khairul Fahmi Che Mat iaitu Syazwan Yusof, Shahrizan Ismail dan penjaga gol baru dari liga dun tumpat Fakhrudin Husin.

Monday 26 December 2011

GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN BONEK KEPADA KELANTAN

Selamat Datang Kelantan FA

Penyokong Tegar Persebaya
Bonek Wanita


Shahrizan Ismail ( Mat Chah )


Kapten Pasukan Badhri Radzi

Zamri Ramli

Farhan Muhammad

Setia Menunggu Skuad Kelantan Tiba
 Sumber Gambar :  Bonek online's

Sunday 25 December 2011

PERSEBAYA MAHU MENANG 3 - 0

Divaldo Alves
Kredit : Zae Photo


Dalam laman berita Indonesia hari ini, Jurulatih Persebaya Divaldo Alves optimis anak buahnya mampu menewaskan Kelantan 3 - 0 atau 4 - 1 dalam perlawanan timbal balik Persebaya vs Kelantan pada 28 Disember ini di Stadium Gelora 10 November Persebaya, Indonesia.

Dalam aksi pertama 23 Disember lalu, Persebaya sekadar seri 1 - 1 dengan Kelantan walaupun pasukan The Red Warriors bermain dengan 9 orang selepas Azizi Matt Rose dan Nik Shahrul Azim di layangkan kad merah kerana mengasari lawan masing masing.Gol Kelantan dan Persebaya masing masing di jaringkan oleh Indra putra Mahyuddin dan Andik Vermansyah.

Persebaya vs Kelantan akan disiarkan secara langsung di MNC TV INDONESIA, Astro Arena 801 dan Astro Bintang 141 pada 28 Disember 2011 pada Jam 8 malam waktu Indonesia dan 9 malam waktu Malaysia.

Perlawanan ini akan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa, serta CEO MSL Stuart Ramalingan.

KELANTAN TEWASKAN KUALA LUMPUR DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN

Antwi ( Kiri )


Dua gol Danny Antwi pada separuh masa pertama dan kedua permainan sudah cukup untuk Kelantan menewaskan pasukan dari lembah klang iaitu Kuala Lumpur.

Danny Antwi menjaringkan gol pada minit ke 5" dan 54" perlawanan untuk menggembirakan lebih dari 3 ribu penyokong The Red Warriors di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Skuad Kelantan akan bertolak ke Surabaya Indonesia pada 26 Disember 2011 bagi menghadapi perlawanan Unity Cup menentang kelab Persebaya Indonesia pada 28 Disember 2011 nanti dan perlawanan ini disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 801 dan Astro Bintang 141.

Friday 23 December 2011

JADUAL LIGA SUPER KELANTAN JANUARI FEBRUARI DAN MAC





Januari

10 Januari : vs Lions XII  ( away )
14 Januari : vs PKNS ( home )
17 Januari : vs Johor FC ( home )
21 Januari : vs Kedah ( away )
28 Januari : vs KL ( home )

Februari

7 Februari : vs Sabah ( away )
11 Februari : vs Terengganu ( home )
14 Februari : vs Selangor ( away )

Mac

3 Mac : vs Negeri Sembilan ( home )
17 Mac : vs Perak ( away )
31 Mac : vs Felda United ( home )

KELANTAN SEKADAR SERI

Unity Cup ( Kiri ) dan Piala Permai ( Kanan )


Pertemuan yang dijangka sengit dan menghiburkan di antara Kelantan dan Persebaya bertukar "panas" apabila dua kad merah dilayangkan kepada dua orang pemain Kelantan iaitu Azizi Matt Rose dan Nik Shahrul Azim setelah mengkasari lawan masing masing.

Walaupun kekurang pemain Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke 60" menerusi bekas kapten pasukan musim 2010 iaitu Indra Putra Mahyuddin yang merembat masuk bola menewaskan Penjaga Gol Persebaya FC.

Persebaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 85" menerusi Andik dengan menggelecek beberapa pertahanan Kelantan dan merembat masuk menewaskan penjaga gol muda Kelantan Syazwan Yusof.

Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan 1 - 1 Persebaya FC dan perlawanan timbal balik bagi merebut Unity Cup pada 28 Disember 2011 di Surabaya Indonesia.

LIVE STREAMING KELANTAN PERSEBAYA


Ikuti Live Streaming terus dari TV Indonesia dengan melayari website MivoTV dan pilih saluran MncTV.Perlawanan bermula Jam 8.45 malam waktu Malaysia.

Untuk TV Malaysia anda boleh layari laman web Redvision Gegar

GAMBAR PIALA PERMAI


Tapak Piala Permai / Unity Cup 2011

kredit : Bolasepak Malaysia Facebook Page

Thursday 22 December 2011

KELANTAN FA VS PERSEBAYA FC


Kelantan FA vs Persebaya 1927
23 December - 8.30 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Siaran Langsung di Astro Arena Saluran 801

TAKTIK MENYERANG TARUHAN KELANTAN


Barisan Kemungkinan Kelantan menentang Persebaya


Jurulatih Kelantan, Peter Butler dilihat bakal menggunakan formasi menyerang 4-3-3 bagi memburu seberapa banyak gol ketika perlawanan Piala Permai 2011 di antara Kelantan dan Persebaya 1927 pada Jumaat 23 Disember 2011 di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu.
Menjaringkan seberapa banyak gol adalah penting dalam perlawanan ini untuk membawa bekalan selesa dalam perlawanan timbal balik yang akan diadakan di Surabaya, Indonesia 28 Disember 2011 ini.
Dalam beberapa aksi persahabatan Kelantan sebelum ini, Peter Butler dilihat banyak menggunakan formasi 4-3-3 dan keputusannya agak memberangsangkan dengan mencatatkan 5 kemenangan bertemu Pasukan Melayu Kelantan, Maldives, ATM, Perak dan T-Team
Jangkaan kesebelasan utama KelantanFA.com ialah kemungkinan Peter Butler akan mempertaruhkan penjaga gol muda dari Skuad Presiden iaitu Syazwan Yusof.
Manakala barisan pertahanan tengah pula dikemudi oleh pemain berpengalaman Subramaniam dan Azizi Matt Rose, pertahanan kiri sudah pasti digalas oleh pemain muda berbakat Aziz ismail dan pertahanan kanan pula bakal diisi oleh Daudsu.
Tiga pemain tengah pula bakal memainkan peranan penting dalam menggerakkan serangan pasukan Kelantan dan kemungkinan Shakir Shaari diberi tugas sebagai Kapten Pasukan dan pemain tengah manakala sayap kiri dan kanan diisi oleh pemain baru Kelantan Indraputra Mahyuddin dan Norfarhan Muhammad.
Tiga penyerang bakal digunakan oleh Peter James Butler dengan posisi penyerang tengah diisi oleh Pemain Paling Bernilai 2011 Norshahrul Idlan Talaha manakala dua tempat lagi diisi oleh penyerang import dari Ghana dan Lubnan iaitu Danny Antwi dan Mohammed Ghaddar.
Perlawanan Piala Permai ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801.

Tuesday 20 December 2011

MILO INTIP KEKUATAN KELANTAN

Milomir Seslija


Perlawanan Piala Permai diantara Kelantan dan Kelab Persebaya bakal digunakan sepenuhnya oleh Arema Indonesia untuk mengetahui sejauh mana kekuatan dan kelemahan pasukan The Red Warriors itu.

Arema Indonesia adalah pasukan yang diundi bersama Kelantan dalam Kumpulan H Piala AFC dan akan membuka tirai pada Mac 2012 nanti.Selain Kelantan dan Arema Indonesia, dua lagi pasukan dalam kumpulan H ialah pasukan dari Myanmar iaitu Ayeyawady United dan Navibank Saigon dari Vietnam.

Namun Jurulatih Arema Indonesia Milomir Seslija menganggap Kelantan adalah cabaran terkuat dalam Kumpulan H berbanding dua pasukan lain."Kami tidak tahu kekuatan pasukan Kelantan buat masa sekarang dan sudah tentu pasukan Kelantan lebih kuat berbanding era sebelum ini dan ditambah pula dengan penyokong fanatik Kelantan yang boleh memberi tekanan buat barisan  pemain Arema Indonesia" katanya dalam laman berita Wearemania.net.

Pegawai Media Arema Indonesia, Noor Ramadhan pula menegaskan "Kita akan cuba mencari informasi sebanyak mungkin tentang pasukan Kelantan ketika Kelantan bertandang ke Indonesia 28 Disember 2011 nanti ketika perlawanan Piala Permai bertemu Persebaya 1927.

JADUAL LIGA SUPER 10 JANUARI 2012

The Red Warriors sudah bersedia mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi pada tahun 2011


Pada 7 Januari 2012 akan berlangsung perlawanan pembuka tirai Liga Super 2012 merebut kejuaraan Piala Sumbangsih diantara Kelantan ( Juara Liga Super 2011 ) menentang Negeri Sembilan ( Juara Piala Malaysia 2011 ) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

10 Januari 2012

Sarawak vs Kuala Lumpur
Young Lions vs Kelantan
Felda United vs Sabah
T-Team vs Kedah
Johor FC vs PKNS
Perak vs Terengganu
Negeri Sembilan vs Selangor

Monday 19 December 2011

PERMAINAN BADHRI RADZI MIRIP CRISTIANO RONALDO

RED WARRIORS PUNYAI CITA CITA BESAR MUSIM 2012

Mohammad Ghaddar bakal menjadi sandaran utama Red Warriors bagi musim 2012 untuk bergandingan dengan Pemain Paling Bernilai 2011 iaitu Norshahrul Idlan Talaha


Jaguh Pantai Timur dan Juara Liga Super 2011, Kelantan mempunyai cita cita besar menjelangnya musim baru iaitu musim 2012.

Sasaran Kelantan untuk merebut semua Piala yang dipertandingkan iaitu Piala Sumbangsih, Piala Liga Super, Piala AFC, Piala FA dan Piala Malaysia bagi musim 2012 mungkin nampak agak susah untuk direalisasikan namun ianya tidak mustahil buat pasukan bergelar The Red Warriors itu.

Selain ingin merebut semua Piala, Kelantan juga mensasarkan untuk rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super 2012.

“Setiap perlawanan adalah penting dan kami memandang serius setiap cabaran yang akan bermula tidak lama lagi. Berdasarkan prestasi sekarang, saya yakin dengan kemampuan pemain termasuk dua import yang kita daftarkan iaitu Mohammed Ghaddar dan Danny Antwi.

“Saya mahu lihat Kelantan mampu mengharungi saingan liga tanpa kekalahan dan kalau seri sekali pun, tidak mengapa asalkan kita tidak mengalami kekalahan,” kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa kepada media tempatan.

Kelantan akan mempunyai sejumlah 60 Perlawanan pada musim 2012 dan cabaran pertama ialah bertemu Juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Sumbangsih yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu pada 7 Januari 2012 dan akan bertemu Singapura pada 10 Januari 2012 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Friday 16 December 2011

DIGI SAMBUNG TAJA KELANTAN



Sumber : Harian Metro Online


DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) melalui jenama happy yakin dapat memperkukuhkan penguasaan di Kelantan apabila menyambung kontrak penajaan bagi tahun kedua pasukan The Red Warriors yang menjadi juara bola sepak Liga Malaysia musim lalu.
Ketua Pemasaran happy, Cheng Weng Hong bagaimanapun enggan mengulas mengenai jumlah tajaan, tapi ia dikatakan lebih daripada apa yang diberi pada musim lalu iaitu RM1.2 juta.

Menurut Cheng, inisiatif penajaan itu memberi kesan positif ke atas peningkatan jumlah pengguna happy sejak pertama kali menaja pasukan The Red Warriors.
“Penajaan ini bukan saja memberi kesan kepada perniagaan syarikat tetapi secara tidak langsung ia mendekatkan hubungan happy dengan komuniti di Kelantan setiap kali syarikat mengadakan promosi untuk menyokong The Red Warriors dalam setiap perlawanan.

“Ia adalah strategi syarikat bagi memperluaskan asas pelanggannya, sekali gus menjadikan jenama ini sebagai satu entiti terbesar di Kelantan dan Terengganu kerana happy hanya ditawarkan kepada komuniti di dua negeri itu,” katanya pada majlis menandatangani kontrak bersama tujuh syarikat lain denan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di Shah Alam, Selangor, semalam.

Presiden Kafa, Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa turut hadir bagi menyaksikan perjanjian itu.

TIKET KELANTAN VS PERSEBAYA

Kredit :  Asyraf Peaz
Tiket perlawanan muhibbah di antara Kelantan vs Persebaya Indonesia akan mula dijual pada hari Khamis 22 Disember 2011.

Tiket berharga Rm12 untuk tempat duduk Terbuka dan Rm30 untuk tempat duduk Astaka.Tiket tersebut adalah harga dari kaunter stadium dan bukan harga dari ulat tiket.

Perlawanan Kelantan vs Persebaya akan berlangsung pada hari Jumaat 23 Disember Jam 8.30 malam di Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan aksi timbal balik pada 28 Disember 2011 di Indonesia.

Astro dan Tv Indonesia juga bersetuju untuk menyiarkan perlawanan secara langsung penuh bersejarah ini.

SENARAI PENAJA KELANTAN 2012

JADUAL PERLAWANAN PIALA FA 2012


Kelantan akan bertemu pasukan Sarawak dalam pusingan pertama Piala FA 2012 pada 18 Februari 2012


Jadual Penuh Perlawanan

Pusingan Pertama – (18 Feb 2012)
Pusingan Kedua – (10 Mac 2012)
Suku Akhir 1 – (24 Mac 2012)
Suku Akhir 2 – (27 Mac 2012)
Separuh Akhir 1 – (21 April 2012)
Separuh Akhir 2 – (01 Mei 2012)
Akhir – (19 Mei 2012)

Klik disini untuk jadual pasukan yang bertanding selain Kelantan FA

Wednesday 14 December 2011

VIDEO TAN SRI ANNUAR MUSA DALAM RANCANGAN FORMASI



Sumber Video : Sokernet.com

INFO TIKET BERMUSIM 2012


TERBUKA : RM250 (keahlian TRWC).
*TERHAD KEPADA 3000 orang sahaja.


ASTAKA BIASA : RM600 (termasuk keahlian TRWC)
ASTAKA PRIMIER dgn personalized seat RM I,100 (termasuk keahlian TRWC). **Terhad 500 orang.

SEBAGAI AHLI, anda dpt hak membeli pass musim,diskaun jersey,diskaun cafe, diskaun penaja, diskaun outlets, dll.

TIKET ONLINE RM12 & RM25 tidak termasuk RM2 services charges.
TIKET YANG DIBELI PADA HARI PERLAWANAN : RM15(Terbuka) & RM30(Astaka)

**SEASON TICKET MESTI DIBELI SEBELUM 7/1/12.


Sumber : Tan Sri Annuar Musa & Kelantan The Red Warriors 2011

KELANTAN DAN KHAIRUL FAHMI TERPILIH UNTUK BINTANG SUKAN HARIAN METRO

Pasukan Kelantan FA dan Khairul Fahmi Che Mat terpilih untuk undian merebut Bintang Sukan Harian Metro.

Anda boleh membuat undian pada link di bawah

Astro Setuju Siar Secara Langsung Kelantan vs Persebaya




Astro bersetuju menyiarkan siaran secara langsung perlawanan muhibbah di antara Kelantan menentang kelab dari Indonesia iaitu Persebaya FC pada 23 Disember 2011 ini jam 8.30 malam.Perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu Kelantan.

Dan jangan lupa jam 8.00 malam ini ( 14 Disember 2011 ) Rancangan Formasi di Astro Arena tetamu jemputan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa.

Saturday 22 October 2011

KELANTAN GOAL CELEBRATION


Kredit : Shazli Photography

PENYOKONG KELANTAN DI BUKIT JALIL