Monday 2 January 2012

AMARAN UNTUK PETER BUTLER

Peter James Butler


Ketua Jurulatih Kelantan Peter James Butler diberi peringatan supaya menjalankan tugas dengan baik dalam membimbing Kelantan pada musim 2012 ini.

Tan Sri Annuar Musa menegaskan Peter Butler harus bijak membina Skuad terbaik bagi mencapai kejayaan yang lebih gemilang berbanding musim lalu.

Kelantan dilihat mempunyai Skuad yang lengkap baik dari pemain utama mahupun simpanan.Gabungan pemain muda dan berpengalaman serta import mampu memberi cabaran dalam saingan Liga Super 2012 yang makin mencabar.

"Pengurusan hanya mampu membeli "Rempah Ratus" yang nak masak macammana jadinya pasukan itu adalah tugas Jurulatih.Dari segi kita, kita ada KPI tertentu dan saya sudah beritahu kepada Peter Butler andai dia ambil Kelantan dalam keadaan kita Juara Liga, saya nak tengok dia mempertahankan kejuaraan liga" Kata Tan Sri Annuar Musa kepada pihak media.

0 comments:

Post a Comment