Monday 16 January 2012

PENGURUSAN DAN PENYOKONG DIHARAP BERSABAR



Jurulatih Kelantan Peter Butler mahu Pihak Pengurusan dan Penyokong Kelantan faham bahawa terlalu awal untuk menilai prestasi sebenar Kelantan dalam 3 perlawanan yang lalu.

Tewas 1 - 2 dalam Sumbangsih 2012 di tangan Negeri Sembilan, menang 2 - 1 ke atas Lions XII dan seri 1 1 dengan kelab dari Selangor iaitu PKNS tidak memberi gambaran bahawa Jurulatih Peter Butler sudah gagal membimbing skuad Cik Siti Wan Kembang itu.

Namun pihak pengurusan Kelantan menegaskan bahawa mereka mahukan Pemain Kelantan menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam perlawanan menentang Johor FC pada Selasa ini ( 17 Januari 2012 ) sambil mengharapkan kemenangan yang pertama dapat diraih di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Tidak mahu kesilapan memandang rendah pihak lawan berulang seperti perlawanan ketika menentang pasukan PKNS tempohari, Kelantan dijangka akan turun dengan kesebelasan utama dengan kemungkinan Khairul Fahmi Che Mat kembali memikul tugas selaku Penjaga Gol selepas disisihkan ketika perlawanan menentang PKNS kerana masalah kecederaan.

Di Barisan Pertahanan, Daudsu dan Aziz masing masing diberi tanggungjawab sebagai pertahanan kanan dan kiri manakala pertahanan tengah berlaku sedikit perubahan dengan kembalinya pertahanan kental Azizi Matt Rose yang bakal berganding dengan Farisham Ismail.

Sayap kanan dan kiri kemungkinan diisi semula oleh Norfarhan Muhammad dan Indraputra Mahyuddin dan jentera tengah pula sudah pasti diisi oleh Shakir Shaari dan Kapten Pasukan Badhri Mohd Radzi.

Di barisan serangan kemungkinan Mohammed Ghaddar dan Norshahrul Idlan Talaha akan bergandingan semula selepas gandingan Matyo dan Antwi pada perlawanan menentang PKNS dilihat kurang menjadi.Ghaddar dan Matyo harus mengambil segala peluang yang terhidang untuk merobek gawang gol Johor FC yang dikawal bekas penjaga gol Harimau Muda A iaitu Zamir Bin Selamat.

Jangan lupa untuk ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu untuk menyaksikan perlawanan diantara Kelantan dan Johor FC pada 17 Januari 2012 jam 8.40 malam.

Dapatkan Jersi keluaran "Warriors" Secara Online di http://kelantanfa.com/jersi-kelantan/

1 comments:

ALL ABOUT WHAT HAPPEN NOW !!! said...

gane 17 disember 2012 terr..typing error

Post a Comment