Tuesday 10 January 2012

LIGA SUPER - KELANTAN BANGKIT DARI KETINGGALAN

Sumber : Hafizan Halim

Kelantan bangkit dari ketinggalan apabila berjaya menumpaskan Singapore Lions XII dengan jaringan 1 - 2 untuk memberikan 3 mata berharga buat Skuad The Red Warriors.

Babak pertama menyaksikan Skuad bergelar Lions XII berjaya mengawal permainan namun dikejutkan dengan cubaan menarik dari Indra Putra Mahyuddin pada minit ke 13" namun tersasar.

Minit ke 33" pasukan Lions XII mengejutkan pasukan pelawat dengan jaringan pertama apabila Baihakki Khaiza menanduk masuk sepakan percuma dari Shahril Ishak menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan tidak menunggu lama untuk menghasilkan gol penyamaan apabila Penyerang Paling Bernilai 2011 Norshahrul Idlan Talaha merembat kencang menewaskan penjaga gol Lions XI iaitu Izwan Mahbud pada minit ke 44"


Tamat babak pertama menyaksikan Lions 1 - 1 Kelantan.

Bermula babak kedua perlawanan seimbang dengan kedua dua pasukan saling mengawal permainan sambil disaksikan lebih 7000 penyokong.

Minit ke 81" bermula detik kegembiraan buat Penyokong The Red Warriors apabila Kelantan dihadiahkan sepakan penalti dan Mohammed Ghaddar tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan itu.

Selepas itu Kelantan dilihat lebih berhati hati mengawal bola bagi mengelakkan gawang dibocori buat kali kedua.

Tamat  90 minit perlawanan menyaksikan Kelantan mencipta kemenangan berharga dengan meraih 3 mata di tempat lawan dan Perlawanan Kelantan seterusnya ialah di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada 13 Januari 2012 bertemu PKNS Selangor.Sama sama kita penuhi stadium.

Kesebelasan Utama Kelantan lawan Lions XII : Khairul Fahmi, Subramaniam, Aziz, Daudsu, Farisham, Azwan Roya, Piya, Shakir, Indra, Ghaddar dan Matyo

SAKSIKAN SIARAN TERTUNDA LIONS XII DAN KELANTAN DI ASTRO ARENA JAM 11.30 MALAM INI.

1 comments:

Fakhruddin said...

gomo kelate gomo!

post Terbaru:
Dapatkan HP Mini touchscreen Anda!...

Post a Comment