Thursday 12 January 2012

ANDA ADA HAK - PETER BUTLER

Foto : LionsXII FB

Jurulatih Kelantan Peter Butler bersuara selepas mengetahui beliau banyak dikritik oleh para penyokong The Red Warriors yang kecewa kerana beliau gagal membantu Kelantan mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi tahun lalu selepas tewas kepada Negeri sembilan 1-2.

Beliau berkata semua penyokong BERHAK mengkritik dan beliau menerimanya dengan hati yang terbuka.I am a proud man dan saya jurulatih yang ada banyak pengalaman, main banyak negara dan saya kembali disini kata jurulatih berusia 46 tahun yang berasal dari England itu.

Peter Butler juga mengharapkan penyokong Kelantan memberi sokongan padu dalam setiap perlawanan bagi menyuntik semangat pasukan dan selain itu beliau juga yakin Penyerang Kebangsaan Shahrul Idlan Talaha dan Mohammed Ghaddar adalah gandingan yang semakin serasi.

1 comments:

The Fakhirin said...

harap2 peter ado idea tektikal hok molek sokmo utk TRW meney semo piala tahun nih...

Post a Comment