Thursday 22 December 2011

TAKTIK MENYERANG TARUHAN KELANTAN


Barisan Kemungkinan Kelantan menentang Persebaya


Jurulatih Kelantan, Peter Butler dilihat bakal menggunakan formasi menyerang 4-3-3 bagi memburu seberapa banyak gol ketika perlawanan Piala Permai 2011 di antara Kelantan dan Persebaya 1927 pada Jumaat 23 Disember 2011 di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu.
Menjaringkan seberapa banyak gol adalah penting dalam perlawanan ini untuk membawa bekalan selesa dalam perlawanan timbal balik yang akan diadakan di Surabaya, Indonesia 28 Disember 2011 ini.
Dalam beberapa aksi persahabatan Kelantan sebelum ini, Peter Butler dilihat banyak menggunakan formasi 4-3-3 dan keputusannya agak memberangsangkan dengan mencatatkan 5 kemenangan bertemu Pasukan Melayu Kelantan, Maldives, ATM, Perak dan T-Team
Jangkaan kesebelasan utama KelantanFA.com ialah kemungkinan Peter Butler akan mempertaruhkan penjaga gol muda dari Skuad Presiden iaitu Syazwan Yusof.
Manakala barisan pertahanan tengah pula dikemudi oleh pemain berpengalaman Subramaniam dan Azizi Matt Rose, pertahanan kiri sudah pasti digalas oleh pemain muda berbakat Aziz ismail dan pertahanan kanan pula bakal diisi oleh Daudsu.
Tiga pemain tengah pula bakal memainkan peranan penting dalam menggerakkan serangan pasukan Kelantan dan kemungkinan Shakir Shaari diberi tugas sebagai Kapten Pasukan dan pemain tengah manakala sayap kiri dan kanan diisi oleh pemain baru Kelantan Indraputra Mahyuddin dan Norfarhan Muhammad.
Tiga penyerang bakal digunakan oleh Peter James Butler dengan posisi penyerang tengah diisi oleh Pemain Paling Bernilai 2011 Norshahrul Idlan Talaha manakala dua tempat lagi diisi oleh penyerang import dari Ghana dan Lubnan iaitu Danny Antwi dan Mohammed Ghaddar.
Perlawanan Piala Permai ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801.

0 comments:

Post a Comment