Monday 19 December 2011

PERMAINAN BADHRI RADZI MIRIP CRISTIANO RONALDO

Badhri Radzi ( kanan )

Kapten Pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya dikalangan penyokong tegar bola sepak Kelantan dipuji oleh Jurulatih pasukan Persebaya Indonesia dengan menganggap permainan Kapten berusia 29 tahun itu mirip Bintang Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo.
Jurulatih Persebaya itu berkata demikian di dalam laman web berita Surabaya iaitu beritajatim.com.Kelantan FA memiliki seorang pemain tengah yang gaya permainannya mirip bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, Ujar  Divaldo Alves yang berasal dari Portugal.
Divaldo Alves menegaskan selain Badhri Radzi, pemain yang harus di beri perhatian oleh pertahanan pasukan Persebaya ialah tidak lain tidak bukan penyerang terbaik Malaysia 2011 iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan seorang lagi yang harus diwaspada oleh pasukan Persebaya Indonesia ialah penjaga gol nombor satu negara ketika ini iaitu Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan FA dan Persebaya akan berentap merebut Piala Permai di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada 23 Disember 2011 manakala aksi timbal balik pula akan berlangsung di Surabaya pada 28 Disember 2011.

2 comments:

Fakhruddin said...
This comment has been removed by the author.
Fakhruddin said...

Terbaikkklah...CR7= Piya

NEW:
Panorama Sekitar Kota Bharu, Bandaraya Islam

Post a Comment