Monday 19 December 2011

RED WARRIORS PUNYAI CITA CITA BESAR MUSIM 2012

Mohammad Ghaddar bakal menjadi sandaran utama Red Warriors bagi musim 2012 untuk bergandingan dengan Pemain Paling Bernilai 2011 iaitu Norshahrul Idlan Talaha


Jaguh Pantai Timur dan Juara Liga Super 2011, Kelantan mempunyai cita cita besar menjelangnya musim baru iaitu musim 2012.

Sasaran Kelantan untuk merebut semua Piala yang dipertandingkan iaitu Piala Sumbangsih, Piala Liga Super, Piala AFC, Piala FA dan Piala Malaysia bagi musim 2012 mungkin nampak agak susah untuk direalisasikan namun ianya tidak mustahil buat pasukan bergelar The Red Warriors itu.

Selain ingin merebut semua Piala, Kelantan juga mensasarkan untuk rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super 2012.

“Setiap perlawanan adalah penting dan kami memandang serius setiap cabaran yang akan bermula tidak lama lagi. Berdasarkan prestasi sekarang, saya yakin dengan kemampuan pemain termasuk dua import yang kita daftarkan iaitu Mohammed Ghaddar dan Danny Antwi.

“Saya mahu lihat Kelantan mampu mengharungi saingan liga tanpa kekalahan dan kalau seri sekali pun, tidak mengapa asalkan kita tidak mengalami kekalahan,” kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa kepada media tempatan.

Kelantan akan mempunyai sejumlah 60 Perlawanan pada musim 2012 dan cabaran pertama ialah bertemu Juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Sumbangsih yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu pada 7 Januari 2012 dan akan bertemu Singapura pada 10 Januari 2012 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

0 comments:

Post a Comment