Friday 16 December 2011

DIGI SAMBUNG TAJA KELANTAN



Sumber : Harian Metro Online


DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) melalui jenama happy yakin dapat memperkukuhkan penguasaan di Kelantan apabila menyambung kontrak penajaan bagi tahun kedua pasukan The Red Warriors yang menjadi juara bola sepak Liga Malaysia musim lalu.
Ketua Pemasaran happy, Cheng Weng Hong bagaimanapun enggan mengulas mengenai jumlah tajaan, tapi ia dikatakan lebih daripada apa yang diberi pada musim lalu iaitu RM1.2 juta.

Menurut Cheng, inisiatif penajaan itu memberi kesan positif ke atas peningkatan jumlah pengguna happy sejak pertama kali menaja pasukan The Red Warriors.
“Penajaan ini bukan saja memberi kesan kepada perniagaan syarikat tetapi secara tidak langsung ia mendekatkan hubungan happy dengan komuniti di Kelantan setiap kali syarikat mengadakan promosi untuk menyokong The Red Warriors dalam setiap perlawanan.

“Ia adalah strategi syarikat bagi memperluaskan asas pelanggannya, sekali gus menjadikan jenama ini sebagai satu entiti terbesar di Kelantan dan Terengganu kerana happy hanya ditawarkan kepada komuniti di dua negeri itu,” katanya pada majlis menandatangani kontrak bersama tujuh syarikat lain denan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di Shah Alam, Selangor, semalam.

Presiden Kafa, Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa turut hadir bagi menyaksikan perjanjian itu.

0 comments:

Post a Comment